So, harini nak cerita sikit apa tu PROGRAM DUA TAHUN (PDT) di kolej matrikulasi ni.
Mesti ramai adik2 lepasan SPM tertanya tanya tentang program ni kan. Tapi, aku tk sure untuk batch yg baru ni masih guna lagi tak PDT sebab selalunya bertukar tukar ikut batch.
Untuk pengetahuan semua, kat matrik ni terbahagi kepada 3 module ya.Setiap module pulak terbahagi kepada 4 subjek. Apa tu module? lebih macam course la. Untuk sesiapa yg nak jadi doktor tu tak payah fikir banyak kali, terus je pilih module 1 sebab module 1 ni korang akan belajar Biology, Chemistry, Mathematic, Physics . Untuk module 2 pulak lebih sesuai untuk sesiapa yg berminat ke arah engineering sebab korang tak perlu ambik biology. Subjek korang ambik , Physics, Mathematics, Chemistry, Science Computer. Module 3, korang akan belajar Biology, Chemistry, Mathematics, dan Science Computer.
Ok sekarang aku cuba terangkan persoalan yg selalu bangkit sebelum korang buat keputusan nak sambung uni ke matrik
1. Kenapa dapat tawaran PDT sedangkan result sama je dengan kawan yang dapat tawaran PST ?
- Salah satu sebab utamanya ialah adik2 mungkin peroleh D untuk matapelajaran Additional Mathematic. Walaupun result subjek yg lain semua A adik2 tetap akan ditawarkan PDT. Kat matrik ni, Addmath adalah subjek penting untuk subjek yg lain, sebab tu siapa yg tak ambik addmath tak boleh masuk matrik.
2. Boleh tak dari PDT nak tukar ke PST ?
- Boleh. Tapi selalunya korang akan diberi pencerahan dari pihak kaunseling dulu sebelum dibenarkan tukar ke PST. Dan korang kena uruskan borang pertukaran program. Selalunya pihak Hak Ehwal Pelajar akan unumkan tarikh untuk penukaran tu.
3. Advantage ambil program PDT ?
- Advantage yg korang boleh dapat ialah pembelajaran korang lebih realx berbanding PST sebab PDT ada 4 sem berbanding PST adab 2 sem. So, diorang study kena laju untuk habiskan silibus. PDT ni korang senang nk catch up lecturer ajar. Kebanyakan lecturer PDT ni dia ajar slow je nk bagi lebih faham. Topik yg korang belajar dengan PST sama je just dilambatkan. Contohnya, untuk sem1 PST mungkin ada 15 topik, taoi untuk PDT just ada 8 topik je, selebihnya korang akan belajar kat sem 2. Bila exam korang akan senang perform la berbanding diorang. Tapi jangan terlalu relax pulak sampai malas nak study okey !
- Untuk jadual tutorial and kuliah pulak tak terlalu pack. Memang masa tu sama je, cuma tak terkejar2 sangat la. Selalunya PST ni banyak kelas2 tambahan untuk habiskan silibus diorang. So, korang takdela penat sangat nak susun jadual belajar dengan jadual kelas kan.
- Lebih rapat dengan lecturer sebab korang 2 tahun. Lecturer lebih kenal korang berbanding PST yg just setahun. Diorang ibarat touch and go kat sini
- Tak perlu berebut2 cari tempat duduk dalam dewan kuliah sebab jumlah pelajar PDT tak seramai pelajar PST. Dalam satu kuliah tu tak sampai pon seratus. Kalau PST ada beratus orng dalam satu kuliah. Korang boleh lebih fokus dan lecturer pon dapat bagi perhatian lebih kat korang sebab kuantiti sikit
4. Disadvatages untuk program PDT ?
- Tak banyak pon, cuma korang lambat sikit la nak daftar ke degree. Dan korang cuma sedih sikit la untuk tahun kedua tu sebab kawan2 PST dah habiskan, so korang akan bersama2 adik2 btch bawah korang yang baru masuk nanti. Tapi takpe tak rasa lama pon 2 tahun tu, nanti korang tak perasan pon nak habis matrik sebab life kat sini seronok kalau korang pandai cari kawan dengan buat aktiviti.
5. PDT dapat wang elaun yg sama dengan PST ?
- Ya. Semua akan dapat nilai elaun yang sama tak kira PST atau PDT
untuk nak tahu pasal matrik melaka boleh ke portal kmm .
Nasihat aku, better korang terima je tawaran matrik yang korang dapat tu tak kira la PDT pon. Sebab once korang tolak tawaran korang susah nak dapat balik. Lagipon life kat matrik ni sumpah best ! Sebab kat sini korang 24hrs dengan kawan2 je. Susah senang korang diorang yg ada, yela mak ayah jauh diorang je yg korang ada. Selagi korang pandai bawa diri dan timbulkan rasa seronok tu, korang takkan rasa lama dan bosan kat sini .
Untuk yang rasa matrik ni susah sebab semua subjek science yg tough, korang salah ye. Kat sini semua bergantung kat diri korang. Kalau korang rajin belajar dengan kawan2, rajin cari lecturer korang takkan fail. Semua benda susah akan jadi mudah klau kita rajin usaha. Lupakanla result SPM korang tu walau teruk mana pon. Sebab once korang masuk je matrik ni, taraf kita semua adalah sama. Tk kisah la budak kelas korang tu semua straight A ke, 5A jeke kalau diorang tk study betul2 kat sini result cemerlang diorang tu takkan berulang. Dan kita yg pernah lalai masa SPM ni, time ni la nak ubah, nak banggakan mak ayah balik ! Matrik ni ibarat sebuah permulaan untuk korang tentukan masa depan korang.
Jadi fikir betul2 apa yg korang nak untuk masa depan korang sebelum buat keputusan tu :) Kita semua mampu berubah kalau kita rajin dan lipat gandakan usaha. All the best guys and thank you sebab membaca.
Maaf jika ada kekurangan untuk post aku kali ini. Tata 😍
Assalamualaikum, tumpang tnya,sya dpt pdt dan nk tukar utk ke pst. Tpi sya kurng jelas dgn huraian akak yg di atas tu. Boleh akak jelaskn dengan lebih detail tak? Terima kasih. Hrp akak sudi membantu
ReplyDeletetq kak
ReplyDeletenk tnya..betul ke susah nk masuk u klau dari matrik ni?
ReplyDeleteSepupu saya addmth G.. bio.fizk.kimia E .. tpi dy nk msuk matrik.. lepas ke klu dy amek pdt?
ReplyDeleteKalau ikut syarat kelayakan addmath kena atleast lulus
DeleteAddmath tk boleh fail kalau nak masuk matrik, atleast kena lulus
DeleteMatrikulasi mna yg ada PDT ni??saya tau matrik labuan saja😅
ReplyDeleteBole senaraikan x??
Matrikulasi mna yg ada PDT ni??saya tau matrik labuan saja😅
ReplyDeleteBole senaraikan x??
rasanya semua matrikulasi ada pdt awak..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tanya. Untuk bayar yuran sem 3 di bsn perlu bawa surat tawaran atau tidak? Surat tawaran saya rasanya dah habis. (PDT student here heee)
ReplyDeleteAkak, betulkan pdt untuk batch 03 dah tak ada? Hmm
ReplyDeleteSaya dapat program dua tahun
Deletesama hahah
Deletekalau nak mohon pdt tukar jadi pst kena call matriks tu terus ke ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteKalau dari pst ke pdt boleh ke
ReplyDeleteuntuk dulu boleh but sekarang tak tahu still boleh atau tak
DeleteAslm kak,saya pelajar PDT Matrikulasi Perak, saya quite bimbang tentang pengajian saya untuk seterusnya,Saya peroleh 1 D dalam subj chemist SPM.Bolehkah saya sambung pharmacy selepas PDT? Overall saya baca perlu hasilakn GCPA yg gempak 4.0 or 3.9 jadi saya bimbang kalau UPU sy tk dpt pharmacy.
ReplyDeleteQ : Bolehkah saya sambung pharmacy selepas PDT? dengan result spm yg teruk.