Assalamulaikum and hi guys ! Thanks sebab singgah :) Okey first of all aku nak cerita sikit la pengalaman aku sebelum masuk matrik ni. Lepas SPM memang aku terus mohon matrik kat BSN. Walaupun korang dapat agak result korang tu cukup makan ke apa kan, aku sarankan korang mohon je. Rezeki kita mana tahu kan kalau Allah nak bagi. So mohon je, alah baru berapa ringgit je kena bayar daripada korang menyesal sebab tak mohon awal-awal. Aku memang tk expect pon dapat tawaran matrik ni, yela result pon tak seberapakan mana layak nak masuk. But, end up masa tarikh keputusan kemasukan ke matrik tu, aku pon cuba nasib la semak layak ke tak. Alhamdulillah berjaya walaupun aku ditawarkan program dua tahun kat Kolej Matrikulasi Melaka, Londang Masjid Tanah . Untuk program tu aku akan ceritakan kemudian. Oh ya kalau korang nak dapat info lanjut tentang kolej matrikulasi melaka, boleh ke link ni - http://www.kmm.matrik.edu.my/
So, hari berganti hari sampai la hari yang dinanti untuk Pendaftaran ke matrik bagi sesi 17/18 iaitu hari isnin 6 Jun 2017 . So, sebab first time kan excited dia lain sikit, lepastu pulak senior yang lain pon sarankan gerak awal dari rumah nak elak jam masa masuk tu. Aku pon gerak la dalam pukul 8.00 pagi camtu. Berkat nak sambung study, pagi tu pulak hujan memang kesejukan tambah pulak rasa takut tu en. Sampai je kat matrik, kereta memang beratur panjang kat pintu pagar matrik tu, walaupun aku rasa cukup awal dah tu.
Lepastu, kitorang pon macam dikumpulkanla untuk sesi pendaftaran.
Ok gamba ni pon ikhsan portal kmm jugak. Kitorang pon settlekan semua urusan, time tu serahkan borang permohonan dengan semua dokumen dia mintak.Menunggu tu memang lama sebab sekaliguskan orang yang daftar tu. Kalau jumpa member yang korang kenal ada gak la member nak ajak borak en. Untuk parents pulak, ada sesi taklimat pasal matrik kat Dewan Utama.
Lepastu dapat baju kolej, kad matrik dengan bilik.Pesanan aku untuk kad matrik tu better korang bagi gambar online masa daftar online tu, kalau tak memang kurang sikit la gambar kad matrik korang tu. Saiz baju pon pilih elok2. sebab nak pakai lama biar selesa, kebanyakan aktiviti kolej guna baju tu. Untuk bilik pulak memang tak boleh pilih, mana dia bagi tu la yang jadi bilik korang. Tak dapat dengan member sekolah dulu pon okey jela, sebab life kat sini best. Aku gerenti korang akan sayang kawan baru korang tu nanti :)
Untuk pengangkutan ke bilik pulak disediakan, jangan salah faham ye tu untuk hari pendaftaran tu je. Kesian untuk mak ayah kena angkut barang2 jauh ke blok. Kalau matrik aku ni, (kmm) dia sediakan van dengan bas untuk bawak korang terus ke blok.
Aku ingat lagi masa awal2 masuk bilik, dia punya berhabuk hanya tuhan je tahu. So better korang bawak la kain ke apa nak buat lap2. Lepastu siapa masuk bilik awal, dia dapat la pilih katil dengan port mana baik en. Aku pilih katil dekat dengan pintu. Aku ni penakut sikit katil dekat dengan tingkap. Hehe.
(bukan gambar sebenar)
Masa hari pendaftaran aku tu, pihak kolej ada sediakan booth jualan barang keperluan macam tikar getah, barang mandi, bantal baju dan macm2 lagi. Sesiapa yang ada tertinggal barang boleh la singgah membeli.
Setakat ni dulu post aku, nanti aku cerita lagi psal matrik aku ni eh, thanks guys sudi baca sampai bawah. 😄
salam... very good intro
ReplyDelete