Tuesday, 27 March 2018

Matrikulasi (Program Dua Tahun (PDT) )

Assalamualaikum and hye guys ! Harap korang semua dalam keadaan sihat harini :)

So, harini nak cerita sikit apa tu PROGRAM DUA TAHUN (PDT) di kolej matrikulasi ni.
Mesti ramai adik2 lepasan SPM tertanya tanya tentang program ni kan. Tapi, aku tk sure untuk batch yg baru ni masih guna lagi tak PDT sebab selalunya bertukar tukar ikut batch.

Untuk pengetahuan semua, kat matrik ni terbahagi kepada 3 module ya.Setiap module pulak terbahagi kepada 4 subjek.  Apa tu module? lebih macam course la. Untuk sesiapa yg nak jadi doktor tu tak payah fikir banyak kali, terus je pilih module 1 sebab module 1 ni korang akan belajar Biology, Chemistry, Mathematic, Physics . Untuk module 2 pulak lebih sesuai untuk sesiapa yg berminat ke arah engineering sebab korang tak perlu ambik biology. Subjek korang ambik , Physics, Mathematics, Chemistry, Science Computer. Module 3, korang akan belajar Biology, Chemistry, Mathematics, dan Science Computer.
Ok sekarang aku cuba terangkan persoalan yg selalu bangkit sebelum korang buat keputusan nak sambung uni ke matrik



      1. Kenapa dapat tawaran PDT sedangkan result sama je dengan kawan yang dapat tawaran  PST ?



    - Salah satu sebab utamanya ialah adik2 mungkin peroleh  D untuk matapelajaran Additional Mathematic. Walaupun result subjek yg lain semua A adik2 tetap akan ditawarkan PDT. Kat matrik ni, Addmath               adalah subjek penting untuk subjek yg lain, sebab tu siapa yg tak ambik addmath tak boleh masuk                 matrik. 

      2. Boleh tak dari PDT nak tukar ke PST ?

     - Boleh. Tapi selalunya korang akan diberi pencerahan dari pihak kaunseling dulu sebelum dibenarkan   tukar ke PST. Dan korang kena uruskan borang pertukaran program. Selalunya pihak Hak Ehwal                 Pelajar akan unumkan tarikh untuk penukaran tu.

       3. Advantage ambil program PDT ?

      - Advantage yg korang boleh dapat ialah pembelajaran korang lebih realx berbanding PST sebab PDT            ada 4 sem berbanding PST adab 2 sem. So, diorang study kena laju untuk habiskan silibus. PDT ni              korang senang nk catch up lecturer ajar. Kebanyakan lecturer PDT ni dia ajar slow je nk bagi lebih              faham. Topik yg korang belajar dengan PST sama je just dilambatkan. Contohnya, untuk sem1 PST              mungkin ada 15 topik, taoi untuk PDT just ada 8 topik je, selebihnya korang akan belajar kat sem 2.            Bila exam korang akan senang perform la berbanding diorang. Tapi jangan terlalu relax pulak sampai            malas nak study okey !

     - Untuk jadual tutorial and kuliah pulak tak terlalu pack. Memang masa tu sama je, cuma tak terkejar2            sangat la. Selalunya PST ni banyak kelas2 tambahan untuk  habiskan silibus diorang. So, korang                    takdela penat sangat nak susun jadual belajar dengan jadual kelas kan. 

     - Lebih rapat dengan lecturer sebab korang 2 tahun. Lecturer lebih kenal korang berbanding PST yg just         setahun. Diorang ibarat touch and go kat sini

     - Tak perlu berebut2 cari tempat duduk dalam dewan kuliah sebab jumlah pelajar PDT tak seramai                 pelajar PST. Dalam satu kuliah tu tak sampai pon seratus. Kalau PST ada beratus orng dalam satu               kuliah.  Korang boleh lebih fokus dan lecturer pon dapat bagi perhatian lebih kat korang sebab                     kuantiti sikit

      4. Disadvatages untuk program PDT ?

      - Tak banyak pon, cuma korang lambat sikit la nak daftar ke degree. Dan korang cuma sedih sikit la                 untuk tahun kedua tu sebab kawan2 PST dah habiskan, so korang akan bersama2 adik2 btch bawah           korang yang baru masuk nanti. Tapi takpe tak rasa lama pon 2 tahun tu, nanti korang tak perasan pon           nak habis matrik sebab life kat sini seronok kalau korang pandai cari kawan dengan buat aktiviti.

      5.  PDT dapat wang elaun yg sama dengan PST ?

     - Ya. Semua akan dapat nilai elaun yang sama tak kira PST atau PDT

untuk nak tahu pasal matrik melaka boleh ke portal kmm .


    Nasihat aku, better korang terima je tawaran matrik yang korang dapat tu tak kira la PDT pon. Sebab once korang tolak tawaran korang susah nak dapat balik. Lagipon life kat matrik ni sumpah best ! Sebab kat sini korang 24hrs dengan kawan2 je. Susah senang korang diorang yg ada, yela mak ayah jauh diorang je yg korang ada. Selagi korang pandai bawa diri dan timbulkan rasa seronok tu, korang takkan rasa lama dan bosan kat sini . 

Untuk yang rasa matrik ni susah sebab semua subjek science yg tough, korang salah ye. Kat sini semua bergantung kat diri korang. Kalau korang rajin belajar dengan kawan2, rajin cari lecturer korang takkan fail. Semua benda susah akan jadi mudah klau kita rajin usaha. Lupakanla result SPM korang tu walau teruk mana pon. Sebab once korang masuk je matrik ni, taraf kita semua adalah sama. Tk kisah la budak kelas korang tu semua straight A ke, 5A jeke kalau diorang tk study betul2 kat sini result cemerlang diorang tu takkan berulang. Dan kita yg pernah lalai masa SPM ni, time ni la nak ubah, nak banggakan mak ayah balik ! Matrik ni ibarat sebuah permulaan untuk korang tentukan masa depan korang.

Jadi fikir betul2 apa yg korang nak untuk masa depan korang sebelum buat keputusan tu :) Kita semua mampu berubah kalau kita rajin dan lipat gandakan usaha. All the best guys and thank you sebab membaca.
Maaf jika ada kekurangan untuk post aku kali ini. Tata 😍




Monday, 26 March 2018

My Future Business Plan


Assalamualikum dan semoga korang yang membaca dalam keadaan sihat :)

Topik kalini nak cakap tentang plan bisnes akan datang. Rasanya bisnes yang aku nak buat ni biasa2 je dan ramai yang buat. Dan kenapa aku pilih untuk mencuba berniaga sebab tu salah satu punca rezeki yang rasulullah buat. Pernah dengar tak satu hadis pasal beniaga, 

                                                   تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ

                     “Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.”

Disamping aku mengejar cita2 nak jadi engineer, aku memang teringin nak bukak butik tudung brand aku sendiri. Walaupun memang trending orang jual tudung sekarang, aku tetap nak keluarkan brand aku sendiri. Matlamat utama aku untuk produk yang aku keluarkan tu nanti nak yang menepati syariah dalam bertudung. Aku akan pastikan tudung yang aku keluarkan tu menutupi dada dan tidak berlebihan dalam berfashion. Kebanyakkan tudung zaman sekarang semua tak menepati syariat yang sepatutnya.

Buat masa ni aku just jual kecil kecilan je. Aku tolong cousin jualkan tudung dia kat budak2 matrik. Haritu dia bagi dalam 30 helai dan aku mampu habis jual dalam masa 3 hari je. Apa yg seronoknya, tudung yang dia jual tu pon dia baru je keluarkan atas nama dia sendiri. So, tu jadi penguat aku untuk keluarkan brand tudung aku sendiri satu hari nanti :)

Tak banyak pon tudung yang aku jual, bolehla untuk tip up sikit2 duit makan kat matrik hehe


Buat masa ni aku jual 5 warna je sebab cousin aku pon baru mula berniaga, so tkde banyak sangat pilihan la . Yg gambar model tu aku jadikan roomate aku sbg model, senang jimat bajet.

Untuk korang yang nak try dapatkan tudung ni korang boleh tengok dekat instagram dia, deytulscarf kain dia best, sesuai untuk student, labuh pon labuh dan tak sama macam yg korang selalu tengok kat kedai tu. Dia pon ada jual barang lain jugak. Jemput la singgah heheh

Okeyla sampai sini dulu ye, jumpa di lain post. Bye !

Tuesday, 20 March 2018

Humanitarian Club

Assalamualaikum and hye guys ! So harini nak share pasal kanak2 terencat akal. Sabtu lepas, 17 Mac 2018 aku join Humanitarian Club melawat satu pusat penjagaan kanak2 terencat akal.



Perasaan first yg aku rasa 'sebak' :'( Aku bersyukur dilahirkan sempurna tanpa cacat cela. Masa awal2 datang tu ada sorang budak down sindrome ni datang kat kitorang. Awal2 tu rasa takut sebab tak biasa dengan diorang, takut jugak la kalau diorang bertindak ganas kan. Tapi diorang semua okey je, kitorang tak buat banyak aktiviti sangat sebab pergi sekejap je. Kitorang ada la buat aktiviti mewarna sama2 tu pon guna pen je sebab tk bawak pensil warna semua 









Time nak balik tu rasa sedih je nak tinggalkan, walaupun baru sekejap je jumpa tetap sedih jugak. Aku dapat rasa perasaan diorang yang nakkan kasih sayang dan perhatian . Aku harap korang pon diberi kesempatan untuk rasai perasaan dan pengalaman ni. Jumpa lagi dalam next post ! Bye :)







Friday, 9 March 2018

Quotes

Assalamualaikum and i wish all of you had a best day today ! Untuk adik2 yg bakal dapat result spm tu all the best okey. Jangan pernah mengeluh kalau result teruk, kita tk nampak lagi hikmah yg ada sebalik tu. So post ni just nak bagi petikan sorang mufti Zimbabwe ni, nama dia Mufti Ismail Menk, banyak kata2 semangat yg korang boleh dapat dari dia. So this are the best words i think


 1. " It's common for us to become frustrated with a given trial or  situation and we complain and vent about it to everyone. But take a step back and think. The truth is we never know what goodness the Almighty has in store for us from the trial." 


2. Don't slow down because the road is long. Don’t be discouraged because there’s hard work to be done. It’s your journey but you’re not alone. The Almighty is watching over you. Should you trip and fall, shake off the dust and carry on. His reward will be worth it in the end.


3. You've worked on it day & night but didn’t achieve the results you had expected. Sometimes things don't work out because that isn't where the Almighty wants you to be. Trust Him. Trust His timing. Trust His plan. He’s the Best Planner. Trust that He always wants the best for you!


4. Each time you’re tempted to give up, think of how far you’ve come. Everything you’ve been through; the times you thought you couldn’t make it but did; the mornings you couldn’t get out of bed but pushed yourself anyway. Always seek your strength from the Almighty. You’ll be ok!


5. Never think that all the prayers you’ve been making are wasted. Nothing ever goes to waste with the Almighty. He’s got everything under control. The dreams you’ve been wanting so badly will come when He decides you’re ready for it!

Kata2 dia sentiasa boost up semangat aku, bila aku rasa down aku selalu baca, so korang yg ada twitter tu boleh la follow dia kat twitterhttps://twitter.com/muftimenk

Sharing is caring kan, so tk salah kongsikan benda baik, sebarkanlah kat kawan2 sebagai penguat semangat, dan tak lupa jugak dia pon ada jual buka motivasi dia sendiri yg korang boleh dapatkan di mana2 kedai buku.


Monday, 5 March 2018

First day in matrik

HARI PENDAFTARAN KE KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Assalamulaikum and hi guys ! Thanks sebab singgah :) Okey first of all aku nak cerita sikit la pengalaman aku sebelum masuk matrik ni. Lepas SPM memang aku terus mohon matrik kat BSN. Walaupun korang dapat agak result korang tu cukup makan ke apa kan, aku sarankan korang mohon je. Rezeki kita mana tahu kan kalau Allah nak bagi. So mohon je, alah baru berapa ringgit je kena bayar daripada korang menyesal sebab tak mohon awal-awal. Aku memang tk expect pon dapat tawaran matrik ni, yela result pon tak seberapakan mana layak nak masuk. But, end up masa tarikh keputusan kemasukan ke matrik tu, aku pon cuba nasib la semak layak ke tak. Alhamdulillah berjaya walaupun aku ditawarkan program dua tahun kat Kolej Matrikulasi Melaka, Londang Masjid Tanah .  Untuk program tu aku akan ceritakan kemudian. Oh ya kalau korang nak dapat info lanjut tentang kolej matrikulasi melaka, boleh ke link ni - http://www.kmm.matrik.edu.my/

So, hari berganti hari sampai la hari yang dinanti untuk Pendaftaran ke matrik bagi sesi 17/18 iaitu hari isnin 6 Jun 2017 . So, sebab first time kan excited dia lain sikit, lepastu pulak senior yang lain pon sarankan gerak awal dari rumah nak elak jam masa masuk tu. Aku pon gerak la dalam pukul 8.00 pagi camtu. Berkat nak sambung study, pagi tu pulak hujan memang kesejukan tambah pulak rasa takut tu en. Sampai je kat matrik, kereta memang beratur panjang kat pintu pagar matrik tu, walaupun aku rasa cukup awal dah tu.


 Lepastu, kitorang pon macam dikumpulkanla untuk sesi pendaftaran.
Ok gamba ni pon ikhsan portal kmm jugak. Kitorang pon settlekan semua urusan, time tu serahkan borang permohonan dengan semua dokumen dia mintak.Menunggu tu memang lama sebab sekaliguskan orang yang daftar tu. Kalau jumpa member yang korang kenal ada gak la member nak ajak borak en. Untuk parents pulak, ada sesi taklimat pasal matrik kat Dewan Utama.



Lepastu dapat baju kolej, kad matrik dengan bilik.Pesanan aku untuk kad matrik tu better korang bagi gambar online masa daftar online tu, kalau tak memang kurang sikit la gambar kad matrik korang tu. Saiz baju pon pilih elok2. sebab nak pakai lama biar selesa, kebanyakan aktiviti kolej guna baju tu. Untuk bilik pulak memang tak boleh pilih, mana dia bagi tu la yang jadi bilik korang. Tak dapat dengan member sekolah dulu pon okey jela, sebab life kat sini best. Aku gerenti korang akan sayang kawan baru korang tu nanti :)



Untuk pengangkutan ke bilik pulak disediakan, jangan salah faham ye tu untuk hari pendaftaran tu je. Kesian untuk mak ayah kena angkut barang2 jauh ke blok. Kalau matrik aku ni, (kmm) dia sediakan van dengan bas untuk bawak korang terus ke blok.


Aku ingat lagi masa awal2 masuk bilik, dia punya berhabuk hanya tuhan je tahu. So better korang bawak la kain ke apa nak buat lap2. Lepastu siapa masuk bilik awal, dia dapat la pilih katil dengan port mana baik en. Aku pilih katil dekat dengan pintu. Aku ni penakut sikit katil dekat dengan tingkap. Hehe.
(bukan gambar sebenar)


Masa hari pendaftaran aku tu, pihak kolej ada sediakan booth jualan barang keperluan macam tikar getah, barang mandi, bantal baju dan macm2 lagi. Sesiapa yang ada tertinggal barang boleh la singgah membeli.


Setakat ni dulu post aku, nanti aku cerita lagi psal matrik aku ni eh, thanks guys sudi baca sampai bawah. 😄